Tentera Israel dalam satu perkongsian Facebooknya mendakwa bahawa pihaknya telah berjaya membunuh seorang komander Kumpulan Jihad Palestin yang bernama Baha Abu al-Ata dalam satu serangan udara yang disasarkan di Gaza.
Turut didakwa terkorban adalah isteri kepada Baha Abu al-Ata manakala dua orang lagi anaknya dipercayai tercedera susulan daripada serangan tersebut.
Difahamkan, gerakan yang dipimpin oleh Baha Abu al-Ata adalah merupakan gerakan pejuang Islam kedua terbesar di Gaza selepas Hamas.
Susulan daripada kematian komander kumpulan Jihad Palestin tersebut, Palestin pada hari ini telah melancarkan siri serangan balas roket ke Israel.
Walau bagaimanapun, beberapa serangan roket yang dilancarkan oleh Palestin dilaporkan berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Israel.
Sumber: The Guardian, Malek Hussin