Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Zizi Kirana yang popular dengan lagu rap mengagumkan warganet dengan alunan bacaan ayat Al-quran.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok miliknya, Zizi Kirana mengatakan bahawa itu adalah pertama kali baginya tampil mengaji di kaca TV.
Mengenakan busana dan tudung serba hijau, dia dilihat mengalunkan bacaan ayat Al-quran dengan lancar dan merdu.
Kelunakan suaranya itu mengagumkan warganet sehingga ada juga yang sebak mendengar bacaannya.



Sumber: TikTok Zizi Kirana