
Rasanya semua orang pernah kongsi gambar-gambar lama kan? Ala-ala throwback, gambar lama ayah, ibu dan adik beradik. Mesti ada yang terhibur kan kalau korang kongsi gambar lama ni.
Ye lah, mestilah nampak perbezaannya dahulu dan sekarang. Tetapi, apa yang menarik kali ini, seroang gadis yang dikenali sebagai Fara berkongsi gambar lama dan aktiviti ayahnya ketika muda memukau semua orang.
Menerusi perkongsiannya di Tiktok tentang wajah ayahnya ketika zaman muda persis kembar Amy Search. Bukan dia sahaja malah orang ramai turut terpesona melihat ketampanan wajah ayahnya itu.
Rata-rata pengikutnya di laman Tiktok meminta untuk ayahnya ‘cover’ lagu Isabella nyanyian Amy Search dan ya, suara dan gaya sangat sebiji dengan penyanyi tanah air itu.
Bukan muka je sama, korang boleh tonton video di bawah di mana ayahnya sedang menyanyikan lagu yang didendangkan kumpulan Search.
Sumber: Fara Medyna