Fenomena banjir didapati melanda di beberapa kawasan dan negeri, dipercayai berikutan cuaca hujan yang berterusan sejak beberapa jam yang lalu.
Jika merujuk Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ramalan setakat pukul 4.10 petang tadi menjangkakan hampir seluruh Semenanjung Malaysia dilanda hujan.
Memetik laporan Kosmo!, antara kawasan yang terkesan dengan banjir kilat dan hujan lebat petang ini adalah seperti di Melaka, iaitu di sekitar Ayer Keroh dan Jasin.
Difahamkan, hujan lebat tersebut dilapor berterusan sejak pukul 2 petang tadi.
Justeru, beberapa rakaman kejadian banjir sempat dirakam penduduk dan antara yang dipercayai terkesan setakat ini adalah di Melaka.
Berikut di bawah adalah rangkuman beberapa rakaman kejadian banjir seperti yang dirakam tersebut:-
Sumber: Shima Ariffin / Kosmo! / Twitter