(Video) “Hilangkan Calar Ringan Pada Kereta,” Lelaki Ini Tunjuk 3 Sebab Kena Ada Ubat Gigi Dalam Kereta

Edayu

Bila sebut ubat gigi, mestilah gunanya untuk membersihkan gigi. Tetapi pernah tak korang menggunakan ubat gigi untuk hal yang lain?

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya banyak kegunaan ubat gigi ini terutamanya pada kereta. Ya, ubat gigi ini diibaratkan seperti ‘penyelamat’ untuk selesaikan masalah dengan kos yang rendah.

Tak percaya? Jom, kita tonton video di bawah yang dikongsikan oleh Dato Micheal Lim tentang tiga kegunaan ubat gigi untuk kereta yang mungkin ramai yang tidak tahu.

Ini kenapa ubat gigi perlu ada dalam sesebuah kereta;

  • Untuk mencuci cermin sisi yang kotor dan berwap ketika hujan

  • Untuk mengelak daripada cermin depan kabur ketika hujan lebat

  • Untuk mencuci kotoran atau calar pada badan kereta.

Sumber: Dato Micheal Lim