Televisyen (TV) menjadi salah satu ‘aksesori’ wajib yang perlu ada di ruang tamu setiap kediaman. Fungsinya bukan saja untuk ditonton bersama keluarga tetapi juga menjadi perhiasan yang menyerlahkan lagi ruang tersebut.
Walaupun kebanyakan TV kini dilekatkan saja pada dinding namun penggunaan rak juga masih lagi relevan.
Selain memastikan TV ‘lebih selamat’, rak boleh menjadi perhiasan utama yang menarik perhatian tetamu. Bagaimanapun, harga untuk sebuah rak juga pastinya sangat ‘menarik’ dan disebabkan itu ada sesetengah orang yang mula DIY rak mengikut citarasa sendiri.
Sama seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang telah mencipta rak TV dengan hanya menggunakan kotak.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Kardusnesia di Youtube, proses untuk membuat rak tersebut telah diterangkan satu persatu. Jom tengok apakah bahan yang diperlukan dan cara pembuatannya di bawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Potongan kotak yang tebal
Cetakan gambar berbentuk hexagon (gambar ikut suka)
Glue gun
Gunting
Pisau pemotong kertas
Pen
Pembaris besi
Gam kayu
Langkah-langkah:
1. Gunting gambar yang dicetak dan ‘bingkai’ gambar yang telah digunting ditekap pada kotak. Lukis corak hexagon tersebut pada kotak.
Gambar Via Kardusnesia2. Potong kotak yang telah dilukis dan letakkan gam kayu dan glue gun.
Gambar Via Kardusnesia3. Lekatkan potongan kotak mengikut corak yang telah dipotong
Gambar Via Kardusnesia4. Kuatkan bahagian tengah kotak dengan meletakkan kepingan kotak yang kecil yang berfungsi sebagai ‘tiang’.
5. Lekatkan dengan menggunakan gam kayu dan selotip.
Gambar Via Kardusnesia6. Cat kotak dengan menggunakan cat warna putih
Gambar Via Kardusnesia7. Lekatkan gambar yang telah dicetak dengan menggunakan gam kayu
8. Lekatkan span kecil pada tapak kotak agar ia tidak melekat di lantai
Gambar Via KardusnesiaHasilnya sangat menarik, korang boleh meletakkan sebarang mainan atau perhiasan yang sesuai di rak tersebut.
Nak lebih faham dan jelas, korang boleh tonton video dekat bawah ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: Kardusnesia