Gambar: South China Morning Post

(Video) Hampir Kena Hempap Dengan ‘Aircond’, Tindakan Pantas Lelaki Ini Selamatkan Nyawa Pekerja

Nurul Nabila

Seorang pekerja bernasib baik apabila diselamatkan oleh seorang lelaki yang tangkas bertindak sewaktu pendingin hawa hampir tergolek jatuh ke arahnya. Kejadian tersebut berlaku di Jiangsu, China, lapor South China Morning Post.

Menerusi perkongsian video tersebut, mangsa ter’skip‘ dua anak tangga ketika membawa turun pendingin hawa menggunakan troli, lalu tergolek jatuh.

Dilaporkan, ketika itulah seorang lelaki berlari ke arah pendingin hawa itu dan menahan badannya agar tidak menghempap ke arah mangsa.

Lelaki itu bernasib baik kerana dikatakan hanya mengalami lebam di lengannya dan si mangsa tidak mengalami kecederaan.

Sumber: Facebook South China Morning Post