Sebagai anak, berjalan sambil pimpin erat tangan ibu atau ayah adalah satu tindakan yang harus dipuji.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini memuatnaik video dan gambar dirinya menziarahi ayahnya di kampung.
Yang membuatkan hati kita tersentuh adalah sepanjang melangkah bersama-sama, beliau sentiasa memegang tangan ayahnya dengan erat dan mesra.
Dalam masa sama, difahamkan beliau juga mengambil kesempatan menziarahi pusara arwah ibunya.
Semoga beliau dan ayahnya dikurniakan kesihatan yang baik berpanjanganm. Ameen.
Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri