Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo, Jepun menahan 2 wanita warga Malaysia, masing berusia 20 dan 22 tahun pada 30 Jun lalu.
Kedua-dua suspek ditahan selepas dikesan menyorokkan sejumlah 1.5kg pil ectasy bernilai hampir RM3.3 juta di dalam coli, seluar dalam dan tuala wanita yang dipakai serta 8 beg plastik yang dibawa ketika tiba di Lapangan Terbang Haneda.

Menurut laporan media tempatan, perkara itu terbongkar apabila salah seorang pegawai mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan penampilan kedua-dua suspek seolah-olah memakai sesuatu yang sarat.
Dalam satu kenyataan media, kedua-dua suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka tahu perkara yang dilakukan itu salah namun terdesak memerlukan duit.
Video dan gambar rampasan dadah serta tangkapan suspek itu sudah tular di pelosok media Jepun dan media sosial.
Sumber: Sankei Japan, Asahi Japan