Tular satu video menunjukkan polis menggunakan dron untuk memantau dan mengawasi pergerakan di sekitar kawasan seksyen 17, Petaling Jaya.
Menerusi video tersebut, dron tersebut digunakan untuk membuat hebahan tentang penjagaan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di kawasan tersebut.
Penggunaan dron yang dilancarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan rakyat di seluruh negara mematuhi SOP yang ditetapkan dalam musim PKP ini.
Selain itu, di negeri Terengganu, polis menggunakan dron untuk mengesan individu dengan suhu badan tinggi yang berada di tempat awam sepanjang tempoh perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.
Penggunaan alat teknologi ini digunakan di beberapa kawasan ‘panas’ yang dikendalikan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM di seluruh negara ketika perlaksanan tempoh PKP sejak tahun lalu.
Sumber: Peter Tan