Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang melakukan aktiviti paranormal didalam sebuah rumah yang dipercayai telah lama ditinggalkan.
Video yang dipercayai di rakam oleh seorang lelaki berbangsa Arab semasa dia sedang menerjah sebuah rumah yang dipercayai ditinggalkan itu telah berjaya merakamkan satu entiti yang menyerupai seorang kanak-kanak.
Lelaki itu yang sedang berada di dalam sebuah bilik arah bertentangan pada ketika itu mulanya tidak menyangka bahawa dia akan merakamkan entiti tersebut.
Ketika sedang memeriksa bilik tersebut, dia tergerak hati untuk menyuluh ke arah pintu yang berada di bilik bertentangan menerusi ruangan tingkap yang terdapat di biliknya.
Ketika itulah dia menyedari bahawa ada entiti yang berada di bilik bertentangan sedang mengintainya.
Namun, ketika dia keluar daripada bilik tersebut untuk menerjah entiti tersebut, dia mendapati bahawa entiti tersebut telah tiada. Tiada ada apa-apa selain dirinya di dalam bilik tersebut.
Dalam video kedua pula, lelaki tersebut didakwa telah berjaya merakamkan kelibat melalui sebuah cermin yang terdapat pada salah sebuah bilik dalam rumah tersebut. Namun, ianya tidak berapa jelas kelihatan.
Video yang telah mendapat sebanyak kira-kira 71 ribu tontonan itu telah mendapat sekitar 2 ribu perkongsian daripada warga Twitter.
Sumber: @HUGO_GHOST