Seorang lelaki di China memohon penjelasan daripada pihak hospital selepas mendakwa tangan anaknya yang berusia 3 bula telah dipotong kedua-dua belah ketika mendapatkan rawatan.
Menurut satu perkongsian oleh pengguna Twitter yang bernama ajmm, dia mendakwa bayi kepada lelaki tersebut menjalani pembedahan kerana mengalami masalah usus.
Namun selepas 7 jam, bapa itu mendapati bahawa kedua-dua tangan bayinya itu telah dipotong.
Dalam video yang berdurasi selama 1 minit 58 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada bayi tersebut melutut dipercayai meminta penjelasan kepada pihak hospital sambil menangis kesedihan.
Lelaki tersebut turut dikatakan menunjukkan gambar dipercayai anaknya yang hilang kedua-dua tangan melalui telefon bimbitnya.
Video tersebut telah menjadi tular dan sehingga kini mendapat lebih daripada 14 ribu tontonan dari netizen di media sosial.
Sumber: Twitter