Kes kecurian burung dan juga telefon bimbit berlaku di lokasi yang sama di Jalan Amarta, Pringgolayan, Condong Catur, Sleman Yogyakarta, lapor liputan6.
Menerusi rakaman video CCTV di kawasan tersebut, kelihatan seorang individu didakwa mencuri seekor burung dan seorang lagi didakwa mencuri telefon bimbit. Seorang lelaki yang menunggang motosikal didapati telah memberhentikan motosikal berhampiran salah sebuah rumah yang mempunyai sangkar burung.
Lelaki tersebut menggunakan sebatang kayu untuk mengambil sangkar burung itu. Bukan itu sahaja, sebelum kejadian itu berlaku kelihatan seorang lelaki lain yang didakwa mencuri telefon bimbit sedang melarikan diri. Tetapi rakaman CCTV berjaya merakam kejadian itu di tempat yang sama.
Sumber: Liputan6