Snow wash merupakan alternatif mencuci kenderaan yang cukup mudah dan menjimatkan masa. Kenderaan dibasahkan, disemburkan dengan sabun berbuih seakan-akan salji, bilas dan kemudian siap! Tak perlu tunggu lama pun.
Kalau guna teknik snow wash ni, si pencuci tak perlu sental body kereta macam kaedah manual. Tapi kadang-kadang, ada juga yang complain kereta tak bersih lepas hantar snow wash. Maklumlah, snow wash hanya fokus kepada bahagian yang terzahir sahaja.
Tahu tak sekarang korang pun boleh buat snow wash sendiri kat rumah tau. Lebih jimat dan dijamin puas hati bila cuci sendiri.
Melalui video yang diunggah pengguna TikTok @wezzyani_ ni, korang boleh belajar macam mana nak buat snow wash sendiri di rumah. Dari penggunaan sabun hingga peralatan yang diperlukan, semua ditunjukkan dalam video tutorial ni.
Video ini mendapat 198.6 ribu tontonan dan 14.7 ribu sukaan setakat ini.
Nak tahu macam mana nak buat snow wash sendiri di rumah? Tengok video di bawah.
Sumber: TikTok @wezzyani_