Tular berkenaan kisah seorang wanita yang menerima parcel selepas menantinya selama 2 tahun.
Kisah tersebut dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama Yyyxxxsyg pada baru-baru ini.
Dalam video yang singkat itu, tampak sebuah parcel berbungkus dengan plastik berwarna putih dipegang oleh pemilik akaun tersebut.
Dia menyatakan bahawa parcel pembeliannya itu mengalami mengalami kelewatan selama 2 tahun. Dia juga difahamkan sudah pun merelakan parcel yang ditunggunya itu tidak sampai ke pangkuannya.
“Bukti kalau sudah rezeki tidak akan kemana-mana, padahal saya juga sudah redha,”katanya.
Oleh kerana dia telah redha bahawa parcel itu tidak kunjung tiba, dia mengakui bahawa dia sudah tidak kisah untuk ambil apa-apa tindakan ke atas pihak kurier.
“Tenang, kurier telah meminta maaf,”ujarnya.
Melihat video tersebut, warganet berasa tertanya-tanya tentang isi parcel berkenaan.
Pada video seterusnya, pemilik akaun terbabit menjelaskan bahawa parcel tersebut dibeli pada tahun 2019. Ianya berisi korset yang dibeli untuk kakaknya.
“Isinya korset ya, saya belikan untuk dipakainya ketika dia melahirkan anak kedua pada tahun 2019,” katanya.
Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 500 ribu kali.
Warganet yang menonton video berkenaan turut tidak melepaskan peluang meninggalkan komen yang menghiburkan.
“Kuriernya salah masuk pintu gerbang, mungkin pergi ke dunia lain. Bersusah payah cari pintu balik, tahu-tahu dah 2 tahun,”ujar seorang warganet.
“Fikir positif je, mungkin parcel tu dikirim dari planet marikh,”tulis seorang lagi.
“Boleh bersabar lagi ye, kalau saya lambat 2 minggu pun saya dah bising,” seorang lagi warganet memberi komen.
Sumber: Suara.com