
Setiap orang bergelar anak mesti mengimpikan untuk memberi sesuatu yang ber’makna’ kepada insan yang tersayang.
Tular di laman media sosial Twitter baru-baru ini seorang anak menghadiahkan kereta Honda kepada ibunya.
Perkongsian yang telah mendapat hampir 10 ribu Retweets itu telah memberi inspirasi kepada pengguna Twitter yang melihat tweet itu.
Perancangan untuk membuat kejutan itu dimulakan dengan sedikit penipuan apabila dia tipu mamanya bahawa dia tidak pulang ke kampung kerana sibuk.
Disebabkan dia tahu mamanya itu menyukai oden, dia singgah beli oden dan letak kunci dalam plastik oden tersebut.

Sumber : Intan Sahlan