Satu letupan besar dilaporkan berlaku berhampiran satu stesen kereta api di selatan London, lapor Mirror UK.
Menurut portal itu, saksi di tempat kejadian mendakwa melihat letupan bebola api berlaku di lokasi kejadian.
Rakaman yang tular di media sosial hari ini menunjukkan asap hitam memenuhi ruang udara di stesen berkenaan.
Lapor portal itu, sebanyak 10 jentera bomba dan sekitar 70 penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian selepas menerima lebih 50 panggilan kecemasan berhubung letupan tersebut.
“Sepuluh jentera dan sekitar 70 anggota telah dihantar ke lokasi berhampiran stesen kereta api Elephant Castle.
“Sila jauhi kawasan tersebut dan tutup semua pintu serta tingkap,” kata wakil penyelamat London seperti ditulis Mirror UK.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang cedera dalam tragedi itu setakat ini.
Sumber: Mirror UK, The Sun