Bagi yang selalu memandu kereta, pasti perasan bahawa akan terdapat air yang mengalir di bawah bahagian enjin setiap kali ‘aircond’ dihidupkan.
Perkara ini telah membuatkan orang ramai berfikirkan apa penyebabnya dan juga khuatir sekiranya keadaan itu boleh menyebabkan kerosakan.
Walau bagaimanapun, seorang mekanik yang dikenali sebagai @abangcomot menjelaskan bahawa keadaan tersebut adalah bermakna keadaan yang baik.
Tambahnya lagi, sekiranya keadaan sebaliknya iaitu air tidak keluar, mungkin air system aircond mempunyai masalah. Mungkin ada saluran yang tersumbat dan perlu dibawa ke bengkel yang berdekatan.
Sumber: @abangcomot