Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berusaha untuk mengempiskan perutnya ketika neneknya cuba memakaikannya butang pada baju kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak itu mempunyai berat badan hampir 50 kilogram setelah menghabiskan lebih daripada 4 bulan berada di rumah semasa penutupan akibat Covid-19. Selepas beberapa kali mencuba, akhirinya kanak-kanak itu lega selepas baju sekolah berjaya dipakai.
Ramai yang memberi reaksi selepas melihat gelagat kanak-kanak itu yang gigih berusaha untuk tetap menyarung pakaian sekolah miliknya. Salah seorang berkata “Ini adalah saya ketika saya mencuba pakaian”.
Sumber: dailymail.co.uk