Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa varian baharu COVID-19 Omicron berkemungkinan telah berada dalam komuniti di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62 kes Omicron telah disahkan dengan jujukan genomic penuh dan 94 kes telah dikesan tetapi belum disahkan dan ujian jujukan genomic penuh sedang dijalankan.
“Dapatkan dos penggalak, patuhi SOP dan amalkan TRIIS,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Berikut merupakan kaedah TRIIS yang perlu dilakukan oleh anda.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 varian Omicron adalah sebanyak 62 kes setelah 49 kes baharu direkodkan.
Difahamkan, 61 kes adalah jangkitan import manakala satu kes lagi yang melibatkan seorang lelaki di Sarawak disyaki jangkitan tempatan.
Sumber: DGHisham