Vantive Perkenalkan Inovasi Tinggi Dalam Terapi Kritikal, Rawat Pesakit ICU Dengan Teknologi Dan Saranan Klinikal Baharu
Vantive merupakan sebuah syarikat terapi organ penting dengan legasi 70 tahun dalam inovasi penjagaan buah pinggang, telah mengemukakan saranan klinikal terbaru mengenai Extracorporeal Blood Purification di Persidangan Asia Pasifik Acute Kidney Injury & Continuous Renal Replacement Therapy 2025 (APAC AKI CRRT Conference 2025) di Bangkok.
Dr. Kuljinder Singh, Pengarah Perubatan APAC, VantiveSebagai penaja kertas konsensus mengenai Extracorporeal Blood Purification (EBP) serta kajian berasingan ke atas pesakit ICU, Vantive bekerjasama dengan komuniti pakar klinikal serantau di APAC AKI CRRT 2025. Kertas tersebut yang dikarang oleh pakar Asia Pasifik ini memberi tumpuan kepada cabaran dalam penjagaan sepsis dan hiper-inflamasi. Memandangan isu ini merupakan salah satu kebimbangan utama di dalam penjagaan rawatan rapi di Malaysia, panduan dan saranan praktikal di dalam kertas ini amat berharga dalam membantu doktor untuk membuat keputusan penting dalam situasi kritikal.
Prof. Nattachai Srisawat, MD, PhDProfesor Nattachai Srisawat, MD, PhD dari Thailand, yang mengetuai jawatankuasa penggubalan kertas konsensus tersebut berkata: “Usaha menggubal konsensus ini dan menyebarkan saranannya membuktikan kepakaran dan kekuatan kolaborasi dalam kalangan doktor di Asia Pasifik. Dengan sokongan Vantive, kami dapat menyimpulkan kajian terkini AKI kepada panduan praktikal yang menyumbang kepada terapi di unit rawatan rapi yang bertujuan menyelamatkan nyawa, bukan sahaja di Thailand tetapi juga di Malaysia dan rantau ini.”
Prof. Pham Chi Ngoc Thao of Cho Ray Hospital, VietnamProfesor Pham Chi Ngoc Thao dari Hospital Cho Ray, Vietnam, turut menambah: “Dalam rawatan kritikal, setiap minit sangat berharga. Komitmen Vantive dalam memperkasa sokongan pelbagai memberi keyakinan baharu kepada doktor. Kolaborasi sebegini amat penting untuk membolehkan kami menggunakan teknologi terkini dan berkongsi pengalaman bagi meningkatkan mutu rawatan pesakit di Vietnam, Malaysia dan seluruh rantau.”
Memacu Inovasi Rawatan Intensif di Forum Serantau Bangkok
Sebagai peneraju global dalam terapi organ penting, Vantive berpegang teguh pada misinya untuk melanjutkan hayat dan membuka lebih banyak peluang kepada pesakit kritikal. Penyertaan syarikat dalam APAC AKI CRRT 2025 yang berlangsung di Bangkok dari 2 hingga 4 Oktober, mengukuhkan komitmennya untuk memajukan ilmu rawatan intensif melalui kerjasama dengan hospital, penyelidikan berterusan, serta pelaburan dalam pendidikan – satu usaha yang sangat relevan bagi Malaysia, di mana AKI terus menjadi cabaran utama dalam rawatan rapi tempatan.
Dr. Kuljinder Singh, Pengarah Perubatan APAC di Vantive berkata: “Sebagai peneraju dalam terapi organ penting, kami berbangga bekerjasama dengan komuniti klinikal untuk memperkasakan perawatan kritikal dengan sistem yang mampu menjalankan terapi gantian buah pinggang berterusan serta sokongan pelbagai organ. Kami juga terus meneroka kaedah diagnostik dan terapeutik baharu termasuk pendekatan inovatif dalam pengurusan sepsis.”