
Jepun merangkul satu lagi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo dalam acara papan selaju kategori wanita menerusi atlet berusia 13 tahun, Momiji Nishiya.
Nishiya yang menyempurnakan tiga cubaan berturut-turut dalam saingan Best Trick untuk mengutip 15.26 mata keseluruhan pada aksi final tengah hari tadi.
Atlet berusia 13 tahun ini menguasai podium apabila wakil Brazil, Raysaa Leal meraih pingat perak dan rakan senegaranya, Funa Nakayama memperoleh pingat gangsa. Ini merupakan podium individu termuda dalam sejarah Sukan Olimpik.
Bagaimanapun, acara papan selaju diteruskan dengan saingan Park Lelaki dan Wanita pada 4 dan 5 Ogos ini.
Sumber: BBC