Sepasukan tentera Rusia didakwa menyerah diri dan mengakui mereka tidak tahu bahawa mereka dikerah untuk menyerang Ukraine.
Kedutaan Ukraine di Amerika Syarikat mendakwa sekumpulan tentera Rusia dari Briged Rifel Bermotor ke-74 telah menyerah diri di Chernigov, Ukraine pada Khamis.
Berdasarkan laporan soal siasat, tentera Rusia ini menyerah diri kerana mereka mendakwa mereka menyangka dihantar ke Ukraine untuk tugasan lain, bukannya menyerang negara berkenaan.
Perkara berkenaan turut dikongsikan oleh laman Facebook General Staff of the Armed Forces of Ukraine.

Dalam sidang akbar pada Khamis, beliau menyeru kepada negara lain untuk menyokong Ukraine dalam memutuskan hubungan diplomatik Rusia dan mengenakan sekatan yang keras selepas serangan dari Rusia ke atas Ukraine.
Sumber: Express.co.uk