Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa pihaknya bakal menjalankan ujian siren Sistem Amaran Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 15 Ogos esok.
MET Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan ujian itu akan dilakukan di Masjid An Nur, Kampung Tebelu, Sebuyau, Sarawak pada jam 10:00 pagi – 12:00 tengah hari.
Sehubungan itu, pihak MET Malaysia menggesa agar orang ramai tidak cemas sewaktu mendengar bunyi siren berkenaan.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,” maklum MET Malaysia.
Bagaimanapun, jika berlaku sebarang pindaan, pihaknya akan memaklumkan tentang perkara tersebut.
Gambar: Facebook Jabatan Meteorologi MalaysiaSumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia