Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, pelbagai persoalan berlegar di minda masyarakat Muslim terutamanya di Malaysia. Antaranya ialah ujian saringan Covid-19 melalui swab boleh membatalkan puasa atau tidak.
Melalui perkongsian di halaman Facebook Jabatan Mufti Perlis sebentar tadi, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan bahawa ujian swab Covid-19 tidak membatalkan puasa.
https://www.facebook.com/muftiperlis/photos/a.1384262161891274/2545425759108236/?type=3&theater
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perlis