UIAM Serah Kes Penuntut Tampar Bekas Teman Wanita Kepada Pihak Berkuasa
SHAH ALAM — Susulan video tular di media sosial berhubung insiden kekerasan melibat sepasang kekasih, pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut, lapor Sinar Harian.
Menurut Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM, insiden itu berlaku berpunca daripada masalah peribadi sehingga menyebabkan perbalahan selepas siasatan awal daripada polis bantuan universiti.
“Sebelum ini, polis bantuan telah diarahkan untuk mengambil keterangan kedua-dua pelajar yang menuntut di UIAM Kampus Gombak dan mereka sudah pun memberi keterangan bagi siasatan,” maklumnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan seorang lelaki melakukan kekerasan seperti menampar bekas teman wanitanya. Perbuatan itu dikesan dalam satu video klip berdurasi 22 saat yang tular di media sosial.
Sementara itu, dalam satu kenyataan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tersebut, pihaknya memaklumkan kesejahteraan dan keselamatan warga kampus sentiasa menjadi keutamaan.
Kerana ‘”Awek” Tujuh Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Pukul Remaja
Pada 9 Ogos lalu, tujuh pelajar yang dipercayai terlibat memukul seorang remaja lelaki di kawasan rekreasi di Taman Bistari Indah, lapor Sinar Harian.
Kesemua pelajar lelaki itu direman selama dua hari bagi membantu siasatan. Majistret R Salini di Mahkamah Majistret memerintahkan reman tersebut dikeluarkan.
Difahamkan, kesemua suspek yang berusia berusia 14 sehingga 17 tahun dan masih bersekolah. Mereka dibawa ke mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh tahanan reman.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, proses reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, sekumpulan pelajar sekolah di taman tersebut telah menumbuk remaja lelaki terbabit sehingga mengakibatkan kecederaan. Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang.
Mangsa difahamkan telah ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan dan belakang badan selain di bahagian perut, peha serta lengan kiri dan kanan.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial.
Sumber: Sinar Harian