Aliran trafik dilaporkan perlahan dari Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur.
Ia telah dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter sebentar tadi.
Dalam satu ciapan LLM yang lain, trafik juga perlahan sebelum keluar Plaza Tol Bentong arah Kuantan.
Tweet pertama dimuat naik kira-kira 1.13 petang tadi manakala tweet kedua pada pukul 2.52 petang. Turut dimuat naik bersama tweet pertama adalah sekeping gambar keadaan lokasi.
Deretan kereta dan lori dilihat memenuhi ruang jalan. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan punca kesesakkan berkenaan berlaku.
Sumber: LLM Trafik