Toyota Eco Youth 2023/2024 Raikan Komitmen Inovasi & Alam Sekitar Para Pelajar
SHAH ALAM, 23 JANUARI 2024 – Program Toyota Eco Youth (TEY) 2023/2024 melabuhkan tirai dengan majlis penutupan yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya. Acara tahunan ini, yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), mempamerkan impak besar pendidikan mengenai alam sekitar ke atas generasi muda.
TEY memperkasakan pelajar sekolah menengah untuk terlibat secara aktif dalam isu-isu alam sekitar menerusi inisiatif-inisiatif berinovasi. Tahun ini, 15 sekolah di seluruh negara, yang diwakili oleh 60 pelajar dan 15 guru penasihat, telah mempamerkan projek masing-masing bagi menangan i masalah alam sekitar tertentu dalam komuniti mereka. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001, TEY telah berjaya melibatkan 506 sekolah dan memberi manfaat kepada 2,690 pelajar di seluruh negara, meninggalkan impak besar dalam pendidikan alam sekitar.

Program TEY yang berteraskan Metodologi Penyelesaian Masalah (PSM), membimbing para pelajar merangka penyelesaian kreatif bagi menangani cabaran alam sekitar. Projek-projek yang merangkumi isu kitar semula tempatan hingga kepada masalah berasaskan komuniti yang lebih meluas, menunjukkan wujudnya kesedaran tinggi di kalangan pelajar mengenai isu-isu alam sekitar yang menjejaskan komuniti mereka.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. ketika mengulas mengenai impak program tersebut terhadap generasi muda berkata, “Program seperti TEY memberikan impak yang tidak terhingga kepada generasi muda. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001 hingga edisi sekarang pada 2023, TEY secara konsisten telah memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran mengenai alam sekitar di kalangan remaja kita. Di UMW Toyota Motor, kami berbangga kerana mempunyai matlamat yang selari dengan komitmen global Toyota ke arah menyumbang kepada usaha mewujudkan alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang. TEY mempunyai objektif, misi, dan visi yang mencerminkan komitmen kami dalam usaha mendidik generasi muda menerusi kaedah berinovasi seperti Metodologi Penyelesaian Masalah 8 Langkah Toyota.

Beliau turut menekankan tentang komitmen UMW Toyota dalam mewujudkan alam sekitar yang lebih baik menerusi slogan syarikat, “Move Your World,” dan usaha untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.
Pada majlis penutupan itu, nama pemenang pelbagai kategori turut diumumkan, di mana setiap sekolah diberikan pengiktirafan atas sumbangan unik mereka. Anugerah ini, yang disampaikan oleh tetamu terhormat, menandakan berakhirnya program tahun ini
Lima belas sekolah yang mengambil bahagian di seluruh negara, masing-masing telah
membentangkan projek berinovasi mereka yang bertujuan untuk menangani isu alam sekitar dalam komuniti mereka. Berikut adalah senarai pemenang yang diumumkan pada majlis penutupan itu:
Juara: SMK SERI AMPANG, KEDAH
Naib Juara: SMK ST. TERESA KUCHING, SARAWAK
Tempat Ketiga: SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH, PERLIS
Pembentangan Terbaik: SM ST JOHN, SABAH
Pameran Terbaik: SMK SERI PEKAN, PAHANG
Penglibatan Komuniti Terbaik: SMK ST. TERESA KUCHING, SARAWAK
Guru Penasihat Terbaik: NUR ASMAA’ BT ABDUL HASHIM, SMK SERI AMPANG, KEDAH

Datuk Ravindran mengiktiraf kerja keras semua pelajar sejak TEY 2023/2024 dilancarkan pada Ogos 2023, sambil menekankan peranan penting program tersebut dalam mempersiapkan pemimpin masa depan.
“Peranan pendidikan sememangnya sangat penting dalam usaha kita mendepani jurang tindakan iklim global. Program seperti ini dapat memperkasakan remaja kita dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan semangat yang diperlukan bagi menangani isu-isu alam sekitar yang sedang dihadapi. Menerusi kerjasama seperti inilah kita berharap untuk mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan,” tambah beliau.
Pameran yang diadakan pada 22 Januari itu menampilkan hasil projek dari semua 15 sekolah yang mengambil bahagian. Lebih daripada 200 pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya berpeluang untuk berinteraksi dengan penyelesaian berinovasi ini, memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu alam sekitar.
Majlis penutup itu berlangsung dari 21 hingga 23 Januari 2024. Setelah TEY 2023/2024 melabuhkan tirainya, keterujaan kini tertumpu kepada edisi TEY akan datang yang bakal dilancarkan pada Mei