Pembayaran cukai pendapatan yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah diwajibkan kepada sesetengah individu atau pihak yang pendapatannya mencapai kadar yang ditentukan.
Namun tidak dinafikan, wujud juga beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh segelintir pihak dalam urusan pembayaran cukai, laporan, kesalahan maklumat dan sebagainya hingga menimbulkan masalah.
Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda mahupun penalti sekiranya melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. Ini semestinya akan ‘mencalarkan’ reputasi anda sendiri.
BACA JUGA: Berapa Sebenarnya Jumlah Gaji Yang LAYAK Dikenakan ‘Income Tax’? Ini Jawab LHDN
Jadi nak tahu apakah senarai kesalahan dan denda atau penalti oleh LHDN seperti yang termaktub di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967? Mari ikuti perkongsian daripada laman sesawang LHDN di bawah ini.
Semoga bermanfaat!
Kesalahan, Denda & Penalti
1. Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan
Peruntukan di bawah ACP 1967: 112(1)
Jumlah denda: RM 200 hingga RM 20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
2. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai
Peruntukan di bawah ACP 1967: 112(1)
Jumlah denda: RM 200 hingga RM 20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
3. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
Peruntukan di bawah ACP 1967: 113(1)(a)
Jumlah denda: RM1,000 hingga RM10,000 DAN 200% atas cukai terkurang lapor
4. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain
Peruntukan di bawah ACP 1967: 113(1)(b)
Jumlah denda: RM1,000 hingga RM10,000 DAN 200% atas cukai terkurang lapor
5. Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai
Peruntukan di bawah ACP 1967: 114(1)
Jumlah denda: RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya DAN 300% atas cukai terkurang lapor
6. Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai
Peruntukan di bawah ACP 1967: 114(1A)
Jumlah denda: RM2,000 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
7. Meninggalkan negara tanpa membayar cukai
Peruntukan di bawah ACP 1967: 115(1)
Jumlah denda: RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
8. Menganggu / menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas
Peruntukan di bawah ACP 1967: 116
Jumlah denda: RM1,000 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
9. Tidak menyimpan rekod
Peruntukan di bawah ACP 1967: 119A
Jumlah denda: RM300 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
10. Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM
Peruntukan di bawah ACP 1967: 120(1)
Jumlah denda: RM200 hingga 20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
11. Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan
Peruntukan di bawah ACP 1967: – 120(1)
Jumlah denda: RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
Bayaran Cukai Pendapatan
Merujuk LHDN, terdapat dua jenis kesalahan mengenai bayaran cukai pendapatan iaitu membayar cukai selepas 30 April dan membayar cukai selepas 30 Jun.
Untuk keterangan lebih jelas, boleh rujuk pada jadual di bawah (petikan daripada laman sesawang LHDN).
Sumber: LHDNSumber: LHDN