Seorang ibu yang dikenali sebagai Lu telah merayu kepada pihak berkuasa agar anaknya diberikan rawatan susulan bagi penyakit kanser yang dihidapinya.
Wanita berkenaan bertindak sedemikian selepas anak perempuanya yang berusia 26 tahun tidak mendapatkan rawatan kemoterapi di hospital-hospital di Wuhan ekoran daripada wabak virus berkenaan.
Bagi mengawal wabak koronavirus di China, pihak berkuasa telah melakukan sekatan di jambatan atas sungai Yangtze dan diluar wilayah Hubei. Lu yang bekerja sebagai seorang petani menangis sambil meminta agar anaknya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Wanita itu juga menyatakan bahawa dia tidak kisah sekiranya tidak pergi bersama, asalkan anaknya dapat pergi dan mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Jambatan berkenaan telah ditutup sebagai langkah untuk menghentikan penyebaran penyakit tersebut. Berpuluh-puluh orang telah cuba untuk menyeberangi pusat pemeriksaan polis itu namun ramai yang gagal.
Ekoran rayuan yang dibuat oleh wanita berkenaan, pihak polis mula bertindak dan sebuah ambulans dipanggil bagi membawa mereka pergi ke hospital.
Sumber: Reuters