KD Lekir, kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengadakan latihan Passage Exercise (PASSEX) bersama Tentera Laut Perancis di sekitar utara Selat Melaka.
FS Surcouf, kapal perang Perancis dalam program pelayaran Mission Jeanne D’Arc 2021 dari Perancis menuju ke Jepun. FS Surcouf singgah berlabuh di jeti Awana Porto Malai, Langkawi pada 29 Mei hingga 1 Jun 21 bagi mengisi keperluan logistik sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.
PASSEX merupakan salah satu inisiatif pihak TLDM dan Tentera Laut Perancis bagi mengeratkan hubungan diplomatik kedua buah negara serta meningkatkan kebolehupayaan bersama.
Kredit: TLDMLatihan ini juga bertujuan untuk menguji dan memastikan kedua-dua kapal mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di laut. Kejayaan latihan tersebut hasil daripada komitmen di antara kedua-dua buah pihak dalam mewujudkan hubungan dua hala yang strategik.
Bagi memenuhi objektif latihan tersebut, beberapa jenis latihan telah dilaksanakan iaitu Penembakan Sasaran Permukaan, RAS Approach dan OOW Manoeuvre sebagai pelengkap latihan.
Latihan Sail Pass and Breakaway turut dilakukan, di mana FS Surcouf melaksanakan Sail Pass di lambung sebelah kanan KD Lekir sebelum latihan PASSEX tersebut selesai.
Secara keseluruhan, semua latihan yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya dan selamat. Latihan ini berjaya mencapai objektif serta dapat menguji kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara lain.
Hal ini membuktikan bahawa visi TLDM untuk menjadi tentera laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang.
Sumber: Facebook TLDM