Bapa kepada tiga orang anak, Rob Shepherd kini hampir tidak boleh membuka tiga tingkap rumah berikutan pagar jiran yang terlampau tinggi dengan ketinggian berukuran 8 kaki dengan jarak hanya 1 kaki. Pagar tersebut telah menghalang cahaya daripada masuk, lapor The Sun.
Gambar: Sarah Shepherd via The SunRumah milik Rob bersambung dengan kawasan jirannya dan tingkap rumahnya menghadap pagar yang baru dibina oleh jirannya. Tetapi Rob percaya bahawa dia mempunyai hak untuk menyuruh jirannya itu untuk merobohkan pagar itu. Rob yakin bahawa ‘hak ke atas cahaya’ boleh dituntut.
Gambar: Sarah Shepherd via The SunNamun, Rob perlu mengupah peguam dengan bayaran yang tinggi untuk menuntut haknya itu.
Kini, Rob cuba menghubungi jirannya untuk berbincang mengenai masalah itu.
Sumber: The Sun