Tiga bayi, termasuk dua yang baru lahir di UK telah disahkan dijangkiti dengan virus Covid-19, lapor Metro.
Bayi kedua yang baru sahaja dilahirkan di Norfolk telah disahkan dijangkiti dengan virus maut itu pada Rabu.
Difahamkan, seorang ibu bersama bayinya yang baru lahir telah diuji positif virus tersebut pada hujung minggu lalu. Bayi tersebut dipercayai merupakan pesakit termuda dikesan di UK.
Ibu kepada bayi tersebut dilaporkan telah digegaskan ke hospital sehari sebelumnya kerana disyaki menghidapi pneumonia.

Kedua-dua ibu serta bayi tersebut kini sedang dipindahkan ke Guy’s and St Thomas’ Hospital yang terletak di London.
Bayi lain yang turut didiagnos dengan wabak itu merupakan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mula menunjukkan simptom demam pada Isnin.
Ibunya menyatakan kepada Sky News bahawa dia telah membawa anaknya itu berjumpa dengan doktor di Manchester pada Isnin selepas anaknya itu demam. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor tersebut menyatakan bahawa anaknya itu disahkan positif dijangkiti dengan virus berkenaan.
Pegawai perubatan di James Paget University Hospital di Gorleston menyatakan bahawa, kanak-kanak tersebut merupakan antara 3 kes baharu yang dikenal pasti di kawasan itu hari ini.
Kesemua pesakit kini dilaporkan sedang dirawat dan diasingkan.
Sumber: Metro
BACA: (Video) “Rezeki Bertambah Tapi Kurang Rasa Syukur,” Mutawwif Dedahkan Konsep Rezeki Tak Diduga