Isu masalah seksual dalam kalangan masyarakat pada hari ini sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi melibatkan golongan remaja.
Mungkin anda pernah mendengar istilah Hypersexual Disorder, iaitu satu masalah ketagihan seks yang melampau dialami seseorang individu.
Menurut kajian seperti yang dilaporkan Psychcentral, antara beberapa simptom Hypersexual Disorder yang dikenal pasti adalah seseorang itu sentiasa berfantasi seks, sentiasa merancang untuk melakukan seks, sentiasa berulang-ulang melakukannya tanpa kawalan selama enam bulan.
Banyak saluran yang digunakan bagi mencapai kehendak itu, antaranya dengan menjalani hubungan seks, beronani, menonton pornografi dan sebagainya.
Baru-baru ini, Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah benar mengenai seorang gadis yang didakwa mengalami Hypersexual Disorder.
Perjalanan hidup gadis ini tidak seindah yang disangkakan, malah segalanya didakwa bermula daripada rumahnya sendiri. Ikuti pendedahan ini.
Jelas Firdaus, masalah tersebut telah ‘membenam’ jiwa gadis ini ke bawah tekanan dalam dirinya sendiri.
Agak mengejutkan, Hypersexual Disorder yang dialaminya ‘memaksa’ dirinya untuk memerlukan ramai lelaki bagi memenuhi kehendak nafsunya.
Bukan sahaja tertekan akibat ketagihan seks yang melampau, malah gadis ini terpaksa ‘bersembunyi’ dalam biliknya sendiri beberapa hari akibat kemurungan.
Segalanya bermula di rumah
Sesuatu yang menyedihkan, rupa-rupanya kisah hitam perjalanan gadis ini bukan berpunca di jalanan, atau pengaruh rakan sebaya di sekolah, tetapi bermula di rumahnya sendiri.
‘Tonton’ aksi intim mak ayah depan mata sendiri
Dakwa gadis ini, akibat disuruh tidur di bilik ibu ayahnya itulah punca bermulanya nafsu seks itu datang dalam dirinya.
Masakan tidak, ‘segalanya’ berlaku di hadapan matanya sendiri. Bukan orang lain, tapi ibu ayahnya sendiri.
Akibat daripada itu, gadis ini secara ‘rasminya’ menjalankan hubungan seks kali pertamanya pada usia 16 tahun.
Menurut Firdaus, sebenarnya nabi junjungan kita Rasulullah SAW telah pun menasihatkan tentang batas-batas sesama ahli keluarga sejak dahulu lagi.
Namun, boleh jadi mungkin kealpaan itu datang daripada diri kita sendiri.

Bagi pendedahan ilmu seksualiti selanjutnya demi kebaikan anak-anak keluarga, ia boleh dirujuk di pautan INI.
Sumber: Firdaus Mokhtar