Baru-baru ini kerajaan Arab Saudi telah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai ibadah, iaitu tiada lagi penjarakan fizikal dalam saf solat di Masjidilharam.
Berita tersebut mengundang perhatian ramai, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang sekian lama ‘merindui’ untuk rapatkan saf dalam solat berjemaah di masjid.
Menyentuh tentang penjarakan fizikal, baru-baru ini ada netizen mempersoalkan tentang SOP tersebut yang masih dipraktikkan dalam ibadah solat di negara ini.
Dalam masa sama, beliau juga memberi contoh isu lain iaitu tentang stadium bola sepak di luar negara yang didakwa kini tidak lagi mengamalkan penjarakan fizikal.
Bagaimanapun, mantan menteri agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab kembali persoalan tersebut, menyatakan bahawa SOP dalam solat itu bukan negara kita sahaja yang mengamalkannya.
“Penjarakan fizikal dalam solat bukan hanya di Malaysia. Hal ini telah kami jelaskan sejak awal 2020. Saya cadangkan untuk kita tidak selektif dalam pembacaan.
“Tidak perlu samakan dengan stadium. Apa yang penting, kita mahu masjid kita kekal sebagai tempat patuh SOP terbaik,” katanya dalam ciapan tersebut.
Sumber: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri