Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) dalam satu kenyataan berkata sebuah asteroid berukuran Menara Eiffel akan melepasi Bumi, lapor The Sun.
Asteroid yang dinamakan 4660 Nereus itu dikatakan berukuran sepanjang 300 meter dan bersaiz lebih besar daripada 90 peratus asteroid pada umumnya. Pun begitu, asteroid berkenaan dilaporkan tidak mendatangkan mudarat kepada bumi.
Batu angkasa 4660 Nereus itu dijangka melepasi bumi pada 11 Disember dengan kecepatan 6,000 kilometer sejam dan berjarak sejauh 3.8 juta kilometer dari bumi.
Memetik laporan The Sun, asteroid yang sama dijangka kembali sebanyak 12 kali dalam masa 175 tahun dan akan semakin hampir dengan bumi. Asteroid itu mengelilingi orbit matahari setiap 664 hari dan dijangka kembali melintasi bumi pada Mac 2031 dan November 2050.
Menurut pakar memetik laporan The Sun, jarak terdekat antara 4660 Nereus dengan bumi dijangka pada bulan Februari 2060 iaitu berjarak 1.2 juta kilometer.
Sumber: The Sun