Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Tiada Tolak Ansur Terhadap Kes Salah Laku Seksual Di Semua Institusi Pendidikan KPM

Nurul Naqiyah

Tiada Tolak Ansur Terhadap Kes Salah Laku Seksual Di Semua Institusi Pendidikan KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media pada hari ini.

Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada. KPM juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM. Justeru, semua pihak diseru untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

Institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid.