Kalau korang pernah terfikir, “Bestnya kalau pizza boleh jadi snek cepat dan senang nak makan,” The Laughing Cow dah realisasikan impian itu. Produk terbaru mereka, Cheez Dippers Pizza Flavoured Breadsticks, kini rasmi dijual di pasaran dan kami dah cuba sendiri.
Setiap pek mengandungi roti jejari rangup berperisa pizza, bersama celupan keju lembut khas The Laughing Cow. Rasa kejunya lembut, berkrim, ada sedikit masam yang menyedapkan, memang ngam digabungkan dengan roti jejari berempah tomato dan herba. Pendek kata, ini macam makan pizza versi ringan tanpa perlu ketuhar.




Gabungan ni memang sesuai untuk snek waktu kerja, malam tengok movie, atau jadi pelengkap makan tengah hari. Nak lagi padu? Cuba cicah roti jejari tu dalam sup tomato panas, atau padankan celupan keju dengan timun batang dan biskut lemak. Serius, lain macam sedap dia.
Untuk yang tertanya-tanya, semua produk The Laughing Cow disahkan halal.
Lebih menarik, The Laughing Cow juga lancarkan koleksi plushie Cheesy Mood Café blind box yang comel. Antara watak yang boleh dikumpul:
Setiap pembelian mana-mana dua produk The Laughing Cow, korang akan dapat satu kotak plushie misteri, sesuai untuk pengumpul atau sesiapa yang suka barang cute di meja kerja. Kini boleh didapati di pasar raya dan hiper pasar utama seluruh negara.