Tesla Perkenal Model 3 Sedan Elektrik Baharu, Lebih Futuristik Dan Harga Terkini
Tesla Model 3, sedan elektrik terlaris di dunia dengan penarafan keselamatan tertinggi sejak 2018, kini hadir dengan ciri perkakasan baharu, rekaan yang diperbaharui serta jenis terbaharu bagi menggalakkan lagi penerimaan kenderaan elektrik (EV) dan mobiliti hijau.
Model 3 kini dilengkapi dengan kamera hadapan baharu bagi meningkatkan tahap penglihatan untuk keselamatan yang lebih baik dan memudahkan parkir, menjadikan jumlah keseluruhan lapan kamera bagi menyokong sistem berasaskan visi untuk Autopilot. Selain itu, Model 3 turut menampilkan tuas isyarat belok tradisional bagi memberikan kemudahan semasa pemanduan. Lambang logo berwarna hitam matte di bahagian hadapan dan belakang menambah sentuhan futuristik pada kenderaan ini.

Tesla kekal komited dalam mempercepatkan peralihan dunia ke arah tenaga lestari. Syarikat ini berusaha menjadikan pengangkutan bersih, selamat dan mampu milik dapat diakses oleh semua melalui inovasi berterusan serta pengeluaran yang lebih pintar. Dengan ciri premium yang disertakan dalam setiap kenderaan serta ekosistem bersepadu, selepas jualan dan sokongan pengecasan yang menyeluruh, Tesla menawarkan lebih daripada sekadar prestasi.
Berbanding dengan kenderaan petrol tradisional, memiliki Tesla bermakna kos pengecasan yang lebih rendah, penyelenggaraan minimum dan kemudahan memulakan setiap perjalanan dengan bateri penuh. Selaras dengan komitmen ini, Tesla Malaysia mengumumkan pelarasan harga sehingga 6% bagi Model 3 yang berkuat kuasa mulai 3 Oktober 2025.
Jenis baharu yang diperkenalkan di Malaysia, Model 3 Long Range Rear-Wheel Drive, mampu mencapai jarak sehingga 750km (WLTP) dengan satu cas penuh, jarak paling jauh antara semua model Tesla yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM185,000. Menggunakan pengecas Supercharging dengan kadar puncak 250kW, Model 3 Long Range Rear-Wheel Drive mampu menambah jarak sehingga 311km dalam hanya 15 minit sahaja.*

*Jarak tambahan dalam masa 15 minit adalah berdasarkan data kelajuan tetap. Dengan membina infrastruktur pengecasan yang selaras dengan gaya hidup pengguna, Tesla terus memperluaskan rangkaian pengecasannya di Malaysia bagi menawarkan pengalaman pengecasan yang lancar dan menyeluruh.
Sehingga kini, sebanyak 15 stesen Supercharging (68 pengecas Supercharger) dan 16 stesen Destination Charging (73 pengecas Destination) telah beroperasi bagi menyokong lebih 10,000 pemilik Tesla di seluruh Malaysia. Lebih banyak stesen pengecasan dijangka siap menjelang akhir tahun 2025, termasuk di Pavilion Damansara Heights, Nexus Bangsar South, dan The Mall, Mid Valley Southkey.

Di bawah Program Pengecasan di Rumah (Home Charging Program), pemilik Tesla boleh mengecas kenderaan mereka di rumah atau di tempat kerja dengan jaminan selama setahun dan harga bermula daripada RM1,900. Ketika ini, lebih 8,000 pemilik di Malaysia memiliki pengecas rumah Tesla, membolehkan mereka mengecas pada bila-bila masa mengikut keselesaan sendiri.
Model 3 Long Range Rear-Wheel Drive akan dipamerkan tidak lama lagi di Pusat Pengalaman Tesla (Tesla Experience Centres) di Malaysia. Ikuti saluran rasmi Tesla di media sosial X @Tesla_Malaysia dan Instagram @teslamotorsmys untuk maklumat terkini. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Tesla di 1800 810 655.