Satu ilusi optik yang terjadi kepada sebuah kapal persiaran di luar pantai Britain ini telah menampakkannya seakan sedang terapung di udara.
Pemandangan yang luar biasa itu telah dilihat di seluruh UK, dengan pemandangan tersebut boleh turut dilihat di Cornwall, Devon dan Aberdeenshire hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Terbaru, pemandangan tersebut telah dilihat oleh seorang lelaki bernama Ryan Rushforth di luar pantai Bournemouth, Dorset, petang semalam.
Menurut Daily Mail, fenomena terapung itu dikenali sebagai ‘Fata Morgana’ yang terjadi ketika matahari memanaskan atmosfera sama ada di atas darat atau laut.
Udara yang lebih panas akan berada di atas udara sejuk yang kemudiannya menyebabkan cahaya dari kapal itu membengkok.
Kapal Anthem of the Seas, sebuah kapal persiaran seberat 168,000 tan, kelihatan seperti sedang terapung di atas permukaan air.
Kapal sepanjang 347 meter itu berkapasiti sebanyak 4,180 dan dilihat berhampiran Bournemouth Pier.
Rushforth berkata: “Benarkah bot ini sedang terapung? Secara peribadi, sangat-sangat menakjubkan untuk menyaksikan perkara sebegini, ianya sangat luar biasa.”

Walaupun pemandangan fatamorgana yang menakjubkan ini sering dilihat di Artik, namun ianya bukan kebiasaan di UK.
Fatamorgana terjadi apabila matahari memanaskan atmosfera di darat atau laut, yang menimbulkan kecerunan pada suhu.
Lapisan udara panas berada di atas lapisan udara sejuk, menyebabkan cahaya dari kapal membengkok ketika ianya melewati jurang arus udara.
Otak akan menganggap bahawa cahaya bergerak dalam laluan lurus, jadi apabila ia bengkok, ia akan berfikir objek akan berada di mana tempat ia berada jika laluan cahaya berjalan lurus.
David Braine, ahli meteorologi BBC, menjelaskan bahawa fenomena itu disebabkan keadaan di atmosfera yang membengkokkan cahaya.
“Mirage yang unggul berlaku kerana keadaan cuaca yang dikenali sebagai penyongsangan suhu, di mana udara sejuk terletak dekat dengan laut dengan udara yang lebih panas di atasnya,” katanya.
“Oleh kerana udara sejuk lebih padat daripada udara panas, ia membengkokkan cahaya ke arah mata seseorang yang berdiri di darat atau di pesisir, secara tidak langsung mengubah bagaimana objek yang jauh kelihatan.”
Sumber: Daily Mail