Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Rumah Kongsi Sepang, Kluster Restoran Kuala Lumpur dan Kluster Jeti Kuching.
Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan, Kluster Rumah Kongsi Sepang memperlihatkan 96 pekerja telah disaring. 2 orang disahkan positif manakala 94 lagi negatif Covid-19.
Kluster Restoran Kuala Lumpur pula menyaksikan 250 individu telah disaring yang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 orang pelanggan. 2 disahkan positif manakala 248 lagi negatif.
Selain itu, Kluster Jeti Kuching pula melibatkan 25 orang nelayan telah disaring. 2 disahkan positif manakala 23 lagi negatif.
Menurut kenyataan akhbar KKM, ketiga-tiga kluster tersebut masih lagi sedang disiasat.
Sumber: KKMPutrajaya