Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baru yang dikenali sebagai kluster Stutong dikesan di sebuah pasar di Stutong, Sarawak.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan KKM, hasil saringan yang dibuat ke atas kluster Stutong membabitkan 218 individu yang terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara, 2 orang telah dikesan positif dan 54 lagi negatif. Baki yang lain pula masih menunggu keputusan.
KKM menyatakan bahawa punca jangkitan kluster tersebut masih lagi dalam siasatan.
Sementara itu, pasar berkenaan dilaporkan telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman.

Sumber: KKM