Putrajaya, 20 Oktober – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di Sabah.
Menurut beliau, kluster yang dikesan di Kota Belud itu melibatkan kes ke-17,623. Pesakit dikesan positif melalui hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober lalu.
Susulan itu, kes diasingkan dan dirawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di PPR Taman Seri Bayu kota Belud, katanya.
Hasil saringan kontak rapat mendapati 19 lagi positif COVID-19. Sehingga 20 Oktober 2020, sejumlah 216 individu disaring di mana 21 positif manakala 195 masih menunggu keputusan.