Presiden Haiti, Jovenel Moise, 53, ditemui terbunuh dalam satu serangan di kediaman peribadinya, lapor kenyataan Perdana Menteri sementara, Claude Joseph.
Joseph berkata, kediaman presidennya itu yang terletak di Port-au-Prince dilapor telah dipecah masuk oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada pukul 1 pagi.
Dalam masa sama, selain terbunuh akibat ditembak, isteri Jovenel pula ditemui tercedera dalam serangan tersebut.
Sehubungan itu, Haiti kini berada di bawah penguatkuasaan pihak berkuasa, serta semua langkah pentadbiran telah diambil bagi menjamin kelangsungan negara, jelas Joseph lagi.
Merujuk laporan, kejadian tersebut berlaku setelah polis pernah mematahkan cubaan bunuh yang dilakukan ke atasnya semasa tunjuk perasaaan besar-besaran oleh pihak pembangkang semasa Februari lalu.
Difahamkan, penunjuk perasaan mendakwa Jovenel memerintah Haiti seperti seorang diktator, selain turut enggan mengadakan pilihan raya.
Tidak kurang juga, Jovenel turut menghadapi pertuduhan amalan rasuah ketika pemerintahannya.
Untuk rekod, Jovenel memegang kerusi presiden sejak Februari 2017 lalu selepas yang terdahulu, Michael Martelly berundur diri.
Sumber: BBC / Daily Mail