TERKINI: PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Dilanjutkan 14 Hari Lagi – Ismail Sabri

Sha Rossa

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut diambil berikutan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di Selangor.

”Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, maka hari ini kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.

”SOP adalah seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata beliau.

PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikuatkuasakan sejak 14 Oktober lalu bakal berakhir pada esok (27 Oktober) sebelum disambung semula selama 14 hari.

Sumber: Sidang media perkembangan terkini PKPP