Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa 6 negeri yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih lagi dikekalkan.
Menerusi sidang media sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa negeri yang dikekalkan status PKPB adalah Selangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berkuat kuasa 19 Mac sehingga 31 Mac 2021.
Bagi negeri Sarawak pula, status ini berkuat kuasa bermula 16 Mac hingga 29 Mac 2021.
Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia