Pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Tengku Dato’ Seri Zafrul selaku Menteri Kewangan hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran dari akaun 1 secara bersasar.
Bersasar yang dimaksudkan kerajaan adalah hanya individu yang kehilangan punca pendapatan dan disasarkan kepada jangkaan 600,00 ahli KWSP yang terjejas akibat Covid-19.
Pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan bermula Januari 2021. Menurut Tengku Zafrul, kebenaran pengeluaran dari akaun 1 ini dijangka akan memberi manfaat kepada 600,000 ahli yang terjejas ketika pandemik Covid-19.
Isu pengeluaran dari akaun 1 ini hangat diperdebatkan sebelum ini di mana ada pihak yang mencadangkan untuk membenarkan ahli KWSP mengeluarkan RM10,000 secara one-off.

**Baca juga artikel menarik di SINI
Sumber: Sidang Pembentangan Belanjawan