Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor tertakluk kepada keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Persekutuan.
Kenyataan itu telah dimaklumkan olehnya sendiri di Sidang Media Khas COVID-19 Selangor sebentar tadi.
Selangor juga berpendirian bahawa kerajaan negeri tidak menolak pelaksanaan ‘lockdown’ tapi meminta pertimbangan secara holistik kepada aspek kesihatan mental dan kehilangan pendapatan daripada kerajaan persekutuan.
Selangor sekali lagi mencatatkan kes positif COVID-19 baharu tertinggi di Malaysia dengan 2,251 kes.
Menurut Menteri Besar Selangor, hal tersebut disebabkan hasil daripada ‘mass testing’ COVID-19 yang dilakukan di Selangor.
“Peningkatan peratusan kadar jangkitan di beberapa kawasan di Selangor menunjukkan jangkitan yang besar telah berlaku dalam komuniti”, ujarnya.
Dalam sidang media yang sama, kerajaan Selangor turut akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin yang mensasarkan kutipan sehingga RM1 juta sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.
Sumber: Bernama/Amirudin Shari