Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi akaun Twitter rasminya telah memaklumkan bahawa paras air di Laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 berhampiran Pasar Raya Hero kini sedang dinaiki air.
Ianya difahamkan berpunca daripada hujan yang turun sejak dari semalam di kawasan itu.
Pihak MBSA juga turut melaporkan bahawa paras air di Batu Tiga (berhadapan Kilang Central Sugars) kini sedang meningkat naik.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada khususnya yang berada di kawasan berhampiran bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Sumber: MBSA