Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat Pilihanraya Umum Ke-15 bukan pilihan terbaik pada saat ini demi kemaslahatan rakyat.
Hal ini susulan 484 kawasan daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri adalah merupakan zon merah COVID-19 manakala fasiliti kesihatan negara berada pada tahap mengkhuatirkan.
YDPA juga menzahirkan harapan agar kemelut politik dapat ditamatkan demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam COVID-19.
Sumber: Istana Negara via Bernama TV